Soalan Lazim (FAQ)

SOALAN AM

  1. Adakah MyMesyuarat ini boleh diuji/dicuba sebelum dilaksanakan?
    • Sistem MyMesyuarat boleh diuji cuba sebelum dilaksanakan di mana satu sistem MyMesyuarat Testing bagi setiap agensi telah disediakan khas bagi tujuan pengujian di url http://pilot.mymesyuarat.gov.my/demo/login. Satu sistem MyMesyuarat untuk tujuan pengujian ada disediakan untuk setiap kementerian dan boleh diakses dengan menghubungi pihak kementerian.
  2. Adakah aplikasi ini perlu dibuat ubahsuai untuk keperluan agensi?
    • Jika agensi ingin menggunakan MyMesyuarat yang disediakan oleh MAMPU, pihak agensi boleh terus menggunakan sistem yang disediakan tanpa ubahsuai.  Walau bagaimanapun, jika pihak agensi berhasrat memasang sendiri aplikasi ini di server agensi sendiri, pihak agensi boleh melakukan pengubahsuaian sendiri terhadap sistem mengikut keperluan agensi menggunakan kod sumber (source code) akan dibekalkan.
  3. Sekiranya terdapat agensi lain yang berminat untuk melaksanakan MyMesyuarat, bagaimana cara?
    • Agensi  perlu mendapat kelulusan dari pihak MAMPU dengan menghubungi OSCC MAMPU di emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. <mailto: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. >. Setelah mendapat kelulusan, pihak agensi perlu menghubungi Super Admin MyMesyuarat pihak Kementerian untuk mewujudkan Akaun Super Urusetia peringkat agensi dan seterusnya memohon latihan pengguna.   Sekiranya pihak Kementerian tidak bersedia memberi latihan, agensi boleh memohon latihan di  OSCC MAMPU.
  4. Apakah keperluan teknikal yang mesti sediakan oleh agensi?
    • Sekiranya pihak agensi memilih untuk menggunakan MyMesyuarat secara Cloud Computing oleh MAMPU, pihak agensi boleh terus menggunakan MyMesyuarat tanpa perlu menyediakan keperluan teknikal & perkakasan seperti server. Pihak agensi perlu memastikan capaian internet adalah baik untuk mengakses sistem MyMesyuarat.  Sebaliknya, sekiranya pihak agensi tidak menggunakan MyMesyuarat yang disediakan secara Cloud Computing, pihak agensi perlu menyediakan server dan memasang sistem MyMesyuarat sendiri. Pihak agensi perlu menyediakan pegawai teknikal untuk memasang dan menyelenggaran perkakasan dan perisian serta mengubahsuai sistem MyMesyuarat sekiranya perlu.
  5. Adakah pihak MAMPU akan memberi tunjuk ajar dalam memasang dan menggunakan MyMesyuarat ini?
    • Pihak agensi boleh mendapatkan latihan bagi memasang dan menggunakan MyMesyuarat daripada pihak OSCC MAMPU di mana permohonan boleh dibuat melalui emel helpdesk OSCC MAMPU seperti dinyatakan di atas.
  6. Apakah fungsi utama bagi peranan Super Administrator, Super Urus Setia, Urus Setia, Pengerusi, Setiausaha dan Ahli? (Sila klik sini untuk maklumat lanjut)
    • Super Administrator – Merupakan seorang atau dua orang kakitangan kementerian (dari bahagian ICT) yang telah dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk mengubah tetapan(setting) sistem, mencipta jawatankuasa kementerian dan jawatankuasa induk bagi setiap agensi, seterusnya menetapkan Super Urus Setia bagi jawatankuasa tersebut.
    • Super Urus Setia – Merupakan seorang atau dua orang kakitangan agensi yang telah dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk mencipta sub-jawatankuasa , seterusnya menetapkan Urus Setia bagi sub-jawatankuasa tersebut.
    • Urus Setia – Merupakan seseorang yang bertanggungjawab menjemput ahli mesyuarat, menyediakan minit mesyuarat, dan mengedarkan minit mesyuarat. Di dalam sebuah jawatankuasa biasanya mempunyai seorang atau lebih Urus Setia.
    • Pengerusi – Merupakan seseorang yang mempengerusikan sesebuah mesyuarat dan seseorang yang menentukan sesebuah keputusan di dalam mesyuarat.  Pengerusi biasanya merupakan seseorang yang mempunyai jawatan tertinggi di dalam sesebuah mesyuarat, pengerusi juga bertanggungjawab untuk meluluskan edaran minit mesyuarat sebelum ianya di edarkan kepada ahli. Pengerusi merupakan sebahagian daripada ahli.
    • Setiausaha – Merupakan seseorang yang boleh meluluskan edaran minit bagi pihak Pengerusi.
    • Ahli – Merupakan peserta mesyuarat. Mereka membincangkan tentang projek dan tugas di dalam mesyuarat untuk mendapatkan keputusan. Mereka juga akan mengemaskini status tugas yang telah di beri.
  7. Apakah perbezaan di antara Super Urus Setia dan Urus Setia?
    • Super Urus Setia boleh menambah ahli baru ke dalam sistem manakala Urus Setia tidak boleh menambah ahli baru ke dalam sistem.
  8. Apakah mesyuarat yang sesuai digunakan di dalam MyMesyuarat?
    • Mesyuarat yang sesuai digunakan di dalam MyMesyuarat buat masa kini adalah mesyuarat KSU, TKSU dan Pengarah.
  9. Adakah sistem ini sesuai untuk mesyuarat sulit?
    • Ya kerana mesyuarat yang dikategorikan sulit akan disimpan dalam AES 128-bit encryption dengan Base64 encoding.

10. Apa yang saya harus lakukan jika terlupa Kata laluan / ID Pengguna

      MyMesyuarat?

    • Klik pada pautan “Lupa Kata laluan?” / "Lupa ID Pengguna" yang terdapat pada laman log masuk MyMesyuarat. Masukkan alamat emel anda dan sistem akan menghantar Kata laluan / ID Pengguna baru yang boleh anda gunakan untuk log masuk ke dalam sistem.

11. Apa yang saya harus lakukan jika akaun saya dikunci (locked)?

    • Dapatkan Super Administrator sistem untuk mengaktifkan semula akaun anda.

12. Bolehkah pengguna mewakilkan seseorang yang belum didaftarkan di

      dalam sistem ini ke mesyuarat?

    • Tidak boleh, pengguna perlu memaklumkan pada Super Urus Setia untuk mendaftarkan ahli tersebut ke dalam jawatankuasa tersebut terlebih dahulu.

13. Adakah semua pengguna dapat melihat semua aktiviti di dalam

      jawatankuasa?

    • Hanya ahli yang telah di tetapkan untuk terlibat dalam jawatankuasa tersebut sahaja yang dapat melihat aktiviti di dalam jawatankuasa tersebut.

14. Bolehkah pengguna menerima email dari sistem  MyMesyuarat sekiranya

      email domain yang digunakan adalah domain luar, bukan domain

      syarikat/kementerian (contoh: gmail, yahoo, dan lain-lain)?

    • Boleh. MyMesyuarat boleh menghantar email ke semua jenis domain

15. Copy dan Paste jadual ke dalam minit

    • Bagi memasukan jadual ke dalam minit, pengguna dinasihatkan untuk 'copy' jadual dari LibreOffice 3.4.2 atau OpenOffice 3.3 ke dalam sistem MyMesyuarat.

16. Paparan maklum balas bagi  pengguna

    • Pengguna perlu dinasihatkan untuk menggunakan Web Browser yang sesuai (seperti yang tertera pada footer MyMesyuarat) bagi memasukkan maklum balas dan minit.

17. Mengemaskini numbering selepas hapus butiran

    • Setelah hapus butiran di dalam minit, jika numbering pada minit telah hilang, urus setia perlu refresh page untuk mengembalikan numbering tersebut.

18. Urus Setia mengemaskini maklumat pengguna

    • Setelah mengemaskini maklumat pengguna, jika didapati senarai kehadiran di dalam minit telah berubah, urusetia perlu clear cache kemudian refresh pada minit tersebut

19. Mengemaskini Profil Pengguna

    • Setelah mengemaskini maklumat pengguna, jika didapati senarai kehadiran di dalam minit telah berubah, urusetia perlu clear cache kemudian refresh pada minit tersebut.

20. *Kenapa ahli-ahli tidak menerima emel jemputan atau sebarang notifikasi emel dari MyMesyuarat?

    • Jika ahli-ahli tidak menerima emel jemputan, urusetia perlu menyemak tetapan emel pada jawatankuasa induk yang terlibat sama ada mempunyai tetapan atau tidak. Pastikan tetapan yang dimasukkan adalah betul.

21. *Kenapa tidak boleh eksport kalendar dari MyMesyuarat ke Microsoft Outlook 2010?

    • Kalendar dari MyMesyuarat tidak menyokong eksport ke Microsoft Outlook 2010 dan ke atas.

22. *Kenapa apabila pengguna login terdapat jawatankuasa yang tidak dipaparkan? 

    • Pengguna perlu memaklumkan kepada Super Urusetia atau Super Admin untuk tandakan semula jawatankuasa yang terlibat di bahagian profil pengguna yang terlibat.
* Soalan yang kerap ditanya oleh pengguna

PENGERUSI / AHLI

  1. Bagaimanakah pengerusi / ahli boleh melihat minit mesyuarat yang disahkan?
    • Pengerusi / ahli boleh melihat minit mesyuarat yang telah disahkan dalam minit mesyuarat seterusnya. Contoh, minit mesyuarat Bil 1/2012 boleh dilihat dalam minit mesyuarat Bil 2/ 2012.
  2. Siapakah yang boleh meluluskan edaran minit?
    • Pengerusi / Setiausaha DAN URUSETIA (wakil bagi pihak Pengerusi)
  3. Bolehkah pengerusi menghantar wakil?
    • Tidak boleh.
  4. Bolehkah pengerusi hadir bersama wakil?
    • Boleh.
  5. Adakah sebarang pengumuman berkenaan pembatalan mesyuarat akan di emel kepada ahli?
    • Ya ahli akan menerima emel pembatalan mesyuarat.
  6. Sekiranya ahli tidak dapat hadir ke mesyuarat dan akan diwakilkan dengan ahli lain yang tiada namanya di dalam sistem, apakah yang perlu dilakukan oleh ahli tersebut?
    • Ahli perlu memberi maklumat lengkap berkenaan wakil yang akan menggantikan beliau kepada Urus Setia untuk dimasukkan ke dalam sistem. Seterusnya ahli perlu mengemaskini kehadiran sebagai tidak hadir dan memasukkan nama wakil yang akan hadir ke dalam sistem.
  7. Sekiranya ahli ingin memaklumkan keputusan-keputusan tertentu mesyuarat kepada individu yang namanya tiada di dalam sistem, bagaimanakah ianya dapat dilakukan?
    • Ahli perlu memaklumkan kepada Urus Setia keputusan yang dipilih dan emel individu tersebut.  Kaedah cabutan minit akan digunakan oleh Urus Setia dimana individu tersebut akan menerima lampiran keputusan yang dipilih melalui emel.
  8. Sekiranya ahli mesyuarat bukan kakitangan kementerian/agensi, adakah individu tersebut perlu akses kepada MyMesyuarat?
    • Individu tersebut tidak perlu akses kepada MyMesyuarat melainkan beliau perlu memberi maklum balas pada keputusan mesyuarat.
  9. Adakah pengguna boleh melihat jadual mesyuarat yang telah ditetapkan di dalam sistem MyMesyuarat dengan menggunakan aplikasi emel seperti MS Outlook, Zimbra dan Thunderbird?
    • Ya, boleh.  Bahkan pengguna boleh melihat jadual tanpa perlu daftar masuk ke dalam sistem MyMesyuarat.  Ini adalah kerana MS Outlook, Zimbra dan Thunderbird menyokong format ICS.  Untuk melihat jadual mesyuarat, pengguna hanya perlu mengimport fail berformat ICS dari sistem MyMesyuarat ke dalam aplikasi emel yang digunakan oleh pengguna.
      Pengguna boleh merujuk laman web https://www.zimbra.com/how_to/calendar_advanced_tasks.html sekiranya ingin mengimport jadual mesyuarat dari sistem MyMesyuarat ke Zimbra.  
      Manakala, pengguna perlu menambah plugin Lightning sekiranya ingin mengimport kalendar MyMesyuarat ke Thunderbird.
  10. *Kenapa apabila ahli hendak membuat pengesahan kehadiran apabila klik pautan di sini dalam emel akan pergi ke paparan lain bukannya paparan pengesahan kehadiran?
    • Pengguna perlu semak pada mesej template jemputan pada bahagian %Link.confirm:sini betul atau tidak. Jika salah superurusetia perlu kemaskini dengan klik ikon mesej pada jawatakuasa. Superadmin boleh semak dibahagian tugas-tugas lain dan pilih mesej-mesej.
* Soalan yang kerap ditanya oleh pengguna
 

SUPER URUS SETIA / URUS SETIA

  1. Apakah faedah kementerian dan agensi berada pada jawatankuasa Peringkat Paling Atas?
    • Faedah dengan menggunakan struktur agensi ini termasuk
      a) Jika ada keperluan, setiap agensi boleh menggunakan SMTP server
          tersendiri untuk pemantauan emel yang dikeluarkan
      b) Agensi mempunyai pilihan untuk menggunakan SMS sebagai sistem
          notifikasi.
      c) KSU/KP bagi agensi boleh dilantik. Pengguna sistem dengan akses
          sebagai KSU/KP boleh melihat maklumat semua jawatankuasa
          di bawah agensi mereka tanpa perlu dimasukkan sebagai ahli.
      d) Penyediaan Laporan Bulanan boleh dibuat berasingan untuk kementerian
          dan agensi. Contohnya, jika laporan diperlukan hanya untuk sesuatu
          agensi, nama agensi boleh dipilih.
  2. Adakah Urus Setia boleh menambah ahli baru ke dalam sistem MyMesyuarat?
    • Tidak boleh. Super Urus Setia sahaja yang boleh menambah ahli baru.
  3. Bagaimana untuk memasukkan nama ahli itu?
    • Sediakan maklumat ahli tersebut dan sampaikan kepada Super Administrator di Kementerian untuk dimasukkan ke dalam sistem MyMesyuarat. Selain Super Administrator, nama ahli itu juga boleh ditambah oleh Super Urus Setia di agensi itu sendiri.
  4. Mesyuarat yang akan ditambahkan ke dalam MyMesyuarat adalah bilangan ke-3, sebelum ini mesyuarat telah berlangsung tanpa MyMesyuarat. Bagaimana untuk merujuk kepada mesyuarat bil 1 dan 2?
    • Sediakan Mesyuarat bilangan 1 dan 2 ke dalam MyMesyuarat dan masukkan minit mesyuarat dan maklumbalas sebagai lampiran (attachments). Ini akan memudahkan penyediaan mesyuarat bil. ke-3 dan juga maklumat semua mesyuarat akan lebih lengkap.
  5. Apakah beza diantara format minit bebas dan tetap?
    • Format minit bebas akan menjanakan format minit berbentuk nombor roman dan pengguna bebas menentukan format penomboran bagi setiap sub-item, manakala format tetap pula akan menjanakan penomboran tetap bagi setiap item dan sub-item. (1, 1.1,1.2,1.2.1)
  6. Adakah format bebas yang dipilih untuk minit boleh ditukar kembali kepada format tetap?
    • Tidak boleh.
  7. Bagaimana Urus Setia boleh menukar nombor bilangan minit mesyuarat daripada default Bil 1 kepada Bil 2 atau Bil seterusnya?
    • Urus Setia perlu mengubah semula mesyuarat yang telah dicipta dan tukarkan nombor Bil 1 kepada nombor Bil yang lain.
  8. Bolehkah emel jemputan mesyuarat dihantar kepada individu sahaja?
    • Tidak boleh. Jemputan mesyuarat mestilah dihantar sekurang-kurangnya kepada seorang Urus Setia dan seorang Pengerusi.
  9. Sekiranya mesyuarat di tunda, bagaimanakah emel jemputan akan dihantar kepada ahli?
    • Urus Setia perlu mengedit kembali tarikh mesyuarat dan hantar semula jemputan.

10. Bolehkah minit mesyuarat diedarkan kepada individu sahaja?

    • Boleh, dengan fungsi CABUTAN MINIT.
11. *Pautan "Tambah keputusan dalam minit" tidak dipaparkan walaupun ahli telah memberi maklumbalas.
    • Pastikan terlebih dahulu adakah kementerian menggunakan tetapan “Urusetia perlu periksa semua maklum balas sebelum pengesahan minit” atau tidak di tetapan global. (Hanya superadmin sahaja yang dapat semak di tetapan global).
    • Jika kementerian menggunakan tetapan “Urusetia perlu periksa semua maklum balas sebelum pengesahan minit”, urusetia perlu klik "Tiada pengemaskinian" pada maklum balas di halaman mesyuarat.  Pastikan ahli mesyuarat telah memberi maklum balas berkenaan keputusan mesyuarat yang berkaitan dengan mereka.  Selepas sahaja maklum balas diisi oleh ahli mesyuarat, satu kotak di ruangan "Diterima" akan muncul.  Urusetia perlu tanda pada kotak tersebut menunjukkan maklum balas telah diperiksa. Pautan "Tambah keputusan dalam minit akan terpapar pada bahagian atas halaman kemaskini maklumbalas. Ulangi langkah yang sama bagi keputusan-keputusan yang lain. Setelah selesai tambah keputusan dalam minit, pautan kelulusan edaran minit akan wujud di bahagian atas halaman mesyuarat.
    • Jika kementerian tidak menggunakan tetapan "Urusetia perlu periksa semua maklum balas sebelum pengesahan minit", pautan "Tambah keputusan dalam minit" akan keluar pada bahagian atas setiap maklumbalas atau pada bahagian atas halaman mesyuarat. 

10. Kenapa jadual yang dimasukkan ke dalam minit tidak teratur dan tidak kemas?

    • Boleh, dengan fungsi CABUTAN MINIT.

* Soalan yang kerap ditanya oleh pengguna

SUPER ADMINISTRATOR

  1. Bagaimanakah jika saya ingin mengubah nama tajuk header bagi MyMesyuarat?
    • Hanya Admin yang boleh mengubah tajuk Header  tersebut. Tajuk Header boleh di ubah pada tetapan global. Klik ikon “Tetapan global”, kemaskini bahagian “Nama agensi”. Tetapkan nama agensi anda dan klik butang “Simpan”. Kemudian klik pada pautan “Muat semula tetapan” dan tajuk Header anda kini berubah kepada perkataan yang anda telah tetapkan.
  2. Apakah beza diantara Super User dan Super Urus Setia?
    • Super User boleh mentadbir keseluruhan sistem MyMesyuarat, manakala Super Urus Setia boleh menambah ahli baru di dalam jawatankuasa terlibat. Urus Setia biasa tidak boleh membuat penambahan ahli baru, tetapi hanya boleh menambah ahli yang sedia ada di dalam sistem MyMesyuarat.

 

Sesi Soal Jawab Bengkel Pemantauan MyMesyuarat

  1. Apakah perbezaan di antara penggunaan MyMesyuarat Cloud dan bukan Cloud?

    • Perbezaan antara MyMesyuarat Cloud dan bukan Cloud adalah seperti di bawah :
      1.1 MyMesyuarat Cloud :

        • Kementerian/agensi tidak perlu menyediakan perkakasan kerana semua perkakasan bagi Projek Perluasan MyMesyuarat telah disediakan oleh pihak MAMPU.
        • Sebarang penambahbaikan untuk MyMesyuarat akan dimasukkan terus ke dalam Cloud untuk diguna pakai oleh agensi.
        • Kementerian/agensi tidak boleh mengubahsuai sistem MyMesyuarat. Pihak Kementerian/agensi perlu mendapatkan kelulusan pihak MAMPU sebelum fungsi tersebut ditambah ke dalam sistem MyMesyuarat.  Prosedur ini perlu untuk mengawal keselarasan sistem MyMesyuarat bagi kesemua agensi di bawah Cloud.
      1.2 Bukan Cloud :
        • Pihak agensi perlu menyediakan perkakasan di agensi sendiri dimana ianya akan melibatkan kos.
        • Sebarang penambahbaikan tidak akan diperoleh secara langsung kerana sistem tersebut dipasang di server sendiri.  Kementerian/agensi perlu muat turun source code melalui medium yang telah disediakan oleh pihak MAMPU dan memasang sendiri sistem yang telah ditambah baik ke dalam server agensi.  Source code MyMesyuarat boleh diperolehi dari pautan http://mymesyuarat.sourceforge.net/ .
        • Kementerian/Agensi boleh mengubahsuai sistem MyMesyuarat mengikut keperluan  masing-masing.
  2. Apakah jaminan keselamatan terhadap rahsia kerajaan sekiranya Kementerian/Agensi menggunakan teknologi Cloud ?
    • Semua maklumat akan disimpan di Pusat Data MAMPU yang telah dijamin keselamatannya dan terdapat maklumat di dalam pangkalan data yang telah di enkrip. Dimana data tersebut tidak boleh dibuka oleh mana-mana aplikasi selain menggunakan sistem MyMesyuarat. Selain itu, terdapat backup sistem bagi kementerian dan agensi dan keselamatan tambahan dengan menggunakan https bagi memastikan maklumat di atas internet tidak di curi oleh sesiapa.

  3. Adakah MyMesyuarat percuma untuk setiap agensi di bawah Cloud? Adakah sebarang kos di pihak Kementerian/Agensi sekiranya menggunakan MyMesyuarat secara cloud?

    • Tiada sebarang kos yang terlibat bagi Kementerian/Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan. Ya, MyMesyuarat adalah percuma untuk semua agensi di bawah Cloud kerana MyMesyuarat menggunakan model cloud computing. Sekiranya terdapat agensi yang bukan di bawah Cloud ingin menggunakan MyMesyuarat, agensi tersebut perlu menanggung kos perkakasan dan penyelenggaraan bagi memasang sistem MyMesyuarat di agensi sendiri.
  4. Adakah laporan yang dihantar dari agensi kepada MAMPU setiap bulan boleh dibuat secara automatik dan di log di dalam audit trail?
    • Tidak.  Pihak agensi perlu menghantar laporan pada setiap 7 haribulan kepada MAMPU pada kerana pihak MAMPU tidak mempunyai akses untuk memasuki sistem MyMesyuarat di Kementerian/agensi atas isu keselamatan maklumat agensi itu sendiri.
  5. Adakah agensi boleh mengubahsuai  source code MyMesyuarat  secara terus tanpa menunggu kelulusan MAMPU?
    • Tidak.  Agensi perlu melaporkan source code baru yang ingin ditambah ke dalam sistem MyMesyuarat kepada pihak Helpdesk.  Seterusnya, sesi ujian akan dijalankan ke atas source code tersebut dan sekiranya tiada masalah dan bersesuaian untuk digunakan oleh kesemua agensi di bawah Cloud, barulah source code tersebut akan diguna pakai ke dalam MyMesyuarat.
  6. Perkataan yang digunakan di dalam senarai kehadiran minit mesyuarat terdahulu bagi ahli mesyuarat yang hadir secara sidang video adalah 'Turut hadir secara sidang video' tetapi perkataan tersebut tiada di dalam templat minit sistem MyMesyuarat. Apakah yang perlu dilakukan oleh urus setia bagi membolehkan nama ahli mesyuarat tersebut dipaparkan di senarai kehadiran minit mesyuarat memandangkan fungsi tersebut tiada di dalam sistem MyMesyuarat?
    • Sekiranya senarai kehadiran adalah berlainan daripada templat yang terdapat di dalam sistem, urus setia perlu sediakan lampiran berkenaan kehadiran tersebut dan muat naik ke dalam sistem.
  7. Adakah agensi perlu mendapatkan latihan dari kementerian?
    • Untuk makluman agensi, Latihan MyMesyuarat telah diberikan oleh pihak MAMPU kepada agensi yang telah disenaraikan di bawah Projek Perluasan MyMesyuarat bermula pada bulan April 2012 dan Latihan Ulangan MyMesyuarat (refresher) pada September 2012.  Sekiranya terdapat permintaan tambahan latihan di peringkat agensi, pihak kementerian perlu menjalankan sesi latihan sendiri untuk agensi di bawah selian kementerian tersebut kerana objektif latihan terdahulu adalah Train-the-trainer (TTT).
  8. Apakah prosedur bagi agensi yang tidak tersenarai dalam Projek Perluasan MyMesyuarat (Cloud) yang ingin menggunakan sistem MyMesyuarat Cloud?
    • Sekiranya agensi yang tidak tersenarai di bawah Projek Perluasan MyMesyuarat berminat untuk menggunakan sistem MyMesyuarat, agensi perlu mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak MAMPU untuk pertimbangan selanjutnya. 

 

 

 

 


Additional information