1. Apa itu Pentadbir?

  • Pentadbir adalah merupakan pegawai yang dilantik oleh setiap kementerian / negeri / sektor swasta untuk menguruskan profil organisasi, pentadbiran pengguna, pentadbiran jawatankuasa, tetapan serta statistic dalam Sistem MyMesyuarat 2.0.

2. Berapakah bilangan minimum Pentadbir di agensi?

  • Sekurang-kurangnya 2 orang Pentadbir di agensi.

3. Bolehkah Pentadbir agensi mengemaskini profil pengguna?

  • Boleh

4. Bolehkah Pentadbir agensi menghapuskan data pengguna?

  • Tidak

5. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terdapat pengguna yang baru masuk ke agensi namun id telah wujud di sistem?

a) Menyemak id pengguna menggunakan fungsi Carian Pengguna

b) Menghubungi pentadbir agensi terdahulu bagi permohonan pemindahan agensi.

c) Mendapatkan kelulusan permohonan pemindahan daripada Agensi baharu

6. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan pada nama agensi atau agensi berpindah kementerian?

  • Hubungi SAM untuk sebarang pindaan atau menghantar aduan melalui https://helpdesk.mymesyuarat.gov.my/ atau melalui emel ke mymesyuarat@mampu.gov.my.

7. Bagaimana Pentadbir ingin mendaftar pengguna?

a)       Tambah pengguna (secara individu)

b)       Import Pengguna (secara pukal)

8. Bolehkah Pentadbir agensi menggunakan templat yang disediakan sendiri untuk Import Pengguna?

  • Tidak boleh

9Apakah yang perlu diilakukan oleh Pentadbir agensi sedia ada untuk ubah peranan Pentadbir yang lain kepada Pengguna biasa?

  • Pentadbir boleh menukar peranan pentadbir kepada pengguna dengan memilih menu Urus Pengguna > Permohonan Perubahan Peranan. 

10. Dimanakah pentadbir boleh mendapatkan statistik penggunaan MyMesyuarat 2.0 di agensi berkenaan?

  • Pentadbir boleh mendapatkan statistik penggunaan melalui menu statistik dan menjana laporan berkenaan.