General Question General Question

1. Adakah pengguna boleh menguji atau mencuba sistem MyMesyuarat sebelum menggunakan sistem sebenar?

Nota : Di Mod Latihan MyMesyuarat,  pemohon tidak perlu menunggu notifikasi kelulusan daripada SAM, sebaliknya boleh meluluskan sendiri permohonan agensi.

2. Apakah tatacara yang perlu dilakukan oleh agensi baru ingin memohon menggunakan MyMesyuarat?

  • Pemohon boleh membuat permohonan di portal MyMesyuarat di pautan Servis -> Permohonan Menggunakan MyMesyuarat (http://portal2.mymesyuarat.gov.my/permohonan-menggunakan-mymesyuarat). Semua permohonan akan ditapis dan kelulusan permohonan akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja oleh Pentadbir Utama MyMesyuarat (SAM). Status permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel. 

3. Apakah keperluan teknikal yang perlu disediakan oleh agensi?

  • Agensi perlu memastikan serta menyediakan keperluan-keperluan di bawah apabila hendak memulakan pelaksanaan Sistem MyMesyuarat 2.0 seperti berikut:

a) Pengguna sistem MyMesyuarat mempunyai kemudahan perkakasan komputer/notebook/tablet/smart phone untuk mengakses Sistem MyMesyuarat.

b) Agensi mempunyai kemudahan internet untuk mengakses Sistem MyMesyuarat dengan keperluan minimum 1Mbps.

c) Pengguna-pengguna sistem MyMesyuarat di agensi mestilah pengguna emel yang aktif.

  • Agensi tidak perlu menyediakan pelayan kerana sistem berpusat di Pusat Data Sektor Awam.

4. Apakah mesyuarat yang sesuai digunakan di dalam MyMesyuarat?

  • Sebarang mesyuarat yang sesuai digunakan mengikut keperluan agensi samada sulit atau tidak.

5. Apakah yang harus pengguna lakukan jika terlupa Kata Laluan atau ID Pengguna MyMesyuarat?

  • Pada laman log Masuk MyMesyuarat, klik pada butang "Lupa Kata Laluan. Masukkan alamat emel dan sistem akan menghantar kata laluan baru.

6.  Apakah yang harus pengguna lakukan jika akaun disekat?

  • Pemohon perlu memaklumkan kepada Pentadbir Agensi.  Secara amnya, makluman sekatan telah dihantar secara automatik kepada Pentadbir Agensi selepas sistem menyekat  akses kepada pengguna.

7.  Bolehkah pengguna menggunakan emel domain luar (contoh : gmail, yahoo dan lain – lain) selain dari emel domain agensi?

  • Boleh. Sebarang jenis domain boleh digunakan dalam Sistem MyMesyuarat.