Super Administrator Super Administrator

1. Apa itu SAM?

  • SAM merupakan nama singkatan bagi Super Administrator MyMesyuarat. SAM juga dikenali sebagai Pentadbir Utama MyMesyuarat.

  • SAM merupakan pengguna sistem di MAMPU yang menguruskan keperluan agensi yang menggunakan MyMesyuarat 2.0.

2. Apakah tanggungjawab SAM ?

  1. Menguruskan permohonan menggunakan MyMesyuarat 2.0 oleh agensi baru

  2. Menguruskan permohonan pentadbiran sistem baru.

  3. Menguruskan pengguna MyMesyuarat seperti :

  • Mengaktifkan dan menyahaktifkan akaun pengguna
  • Permohonan pertukaran peranan pentadbir ke pengguna biasa.

  d. Mengurus tetapan dan konfigurasi umum sistem seperti berikut :  

  • Tetapan SMTP
  • Tetapan emel
  • Carta Organisasi (Tetapan Bilangan Tahap)
  • Gelaran
  • Klasifikasi perkhidmatan
  • Gred
  • Peranan
  • Kebenaran

  e. Menjana Laporan Statistik

  f. Membuat pemantauan sistem melalui Log Pemerhatian Sistem. 

3. Berapa lama masa yang diambil bagi pengesahan permohonan agensi baru, pentadbir sistem baru serta permohonan perubahan peranan pentadbir sistem diluluskan atau ditolak oleh SAM ?

  • Semua permohonan akan ditapis dan kelulusan permohonan akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.

4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Pentadbir Agensi mendapat ralat "Akaun anda telah disekat buat sementara waktu disebabkan terlalu banyak cubaan log masuk gagal. Pentadbir anda perlu mengaktifkan semula akaun anda" di skrin Log Masuk?

  • Makluman sekatan akan dihantar secara automatik kepada SAM. Pengguna juga boleh maklumkan kepada SAM melalui emel mymesyuarat@mampu.gov.my untuk mengaktifkan semula akaun yang telah disekat.
  • SAM akan membuka sekatan akaun pengguna dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Seterusnya pengguna akan menerima emel yang menyatakan akaun telah diaktifkan bersama kata laluan sementara.

5. Apakah kaedah yang digunakan oleh SAM untuk memaklumkan kepada agensi sekiranya terdapat gangguan sistem komputer atau penyelenggaraan sistem?

  • SAM perlu memaklumkan kepada Pentadbir Sistem Agensi/Champion mengenai gangguan sistem MyMesyuarat melalui beberapa kaedah iaitu :-

a. Emel

b. Notis di laman portal

           c. Hebahan melalui emel

6. Adakah SAM bertanggungjawab dalam permohonan pemindahan pengguna antara agensi baru dan agensi lama?

  • SAM tidak mempunyai peranan atau tidak membuat kelulusan permohonan pemindahan pengguna. Komunikasi hanya melibatkan antara pentadbir agensi baru dan agensi lama.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat masalah semasa permohonan pengguna, pengguna sistem boleh memajukan masalah kepada SAM melalui emel mymesyuarat@mampu.gov.my 

7. Apakah itu tetapan SMTP?

  • SMTP adalah singkatan kepada Simple Mail Transfer Protocol. Ia merupakan salah satu protokol yang umum digunakan untuk penghantaran emel elektronik di Internet.
  • Maklumat yang akan ditetapkan oleh SAM adalah seperti berikut :

i. Host SMTP,

ii. Port SMTP,

iii. Id Pengguna SMTP,

iv. Kata Laluan SMTP,

v. Alamat Emel Sistem;dan

vi. Nama Pengirim

8. Apakah alamat SMTP emel sistem MyMesyuarat?

9. Apakah perbezaan antara SAM dan Pentadbir Sistem? 

  • SAM merupakan pengguna sistem di MAMPU yang menguruskan keperluan agensi yang menggunakan MyMesyuarat 2.0. Manakala Pentadbir Sistem merupakan pengguna sistem di agensi masing-masing yang menguruskan keperluan agensi.
  • Pentadbir sistem tidak perlu melakukan tetapan SMTP hanya SAM sahaja yang bertanggungjawab untuk membuat tetapan SMTP.

10. Bagaimana jika pengguna ingin membuat penambahan atau pengemaskinian pilihan bagi Gred, Klasifikasi Perkhidmatan/ Skim Perkhidmatan serta Gelaran di dalam sistem?

  • Pentadbir sistem tidak boleh membuat penambahan, pengemaskinian serta pelupusan pilihan bagi Gred, Klasifikasi Skim Perkhidmatan serta Gelaran di dalam sistem.
  • Pengguna sistem atau pentadbir sistem boleh membuat permohonan kepada SAM bagi tujuan tersebut dengan menghantar emel kepada mymesyuarat@mampu.gov.my.

11.Berapakah tahap hieraki minimum dan maksimum dalam carta organisasi yang boleh ditetapkan oleh SAM? 

  • Tahap hierarki maksimum dalam carta organisasi ialah 10 manakala minimum ialah 1. Tahap hierarki dalam carta organisasi mempunyai kesan terhadap Peringkat Struktur Agensi dalam Modul Pentadbir.

12.Adakah SAM boleh menyemak statistik dan laporan di agensi? 

  • SAM dibenarkan untuk melihat Laporan Penggunaan, Laporan PenggunaLaporan Jawatankuasa Pengguna, Laporan Pemantauan Minit dan Laporan Pelaksanaan bagi seluruh agensi yang mendaftar dengan MyMesyuarat 2.0.