MyMesyuarat

Mengenai MyMesyuarat

Projek Perluasan MyMesyuarat ke Sektor Awam

Projek ini melibatkan 25 Kementerian dan tiga agensi di bawah setiap Kementerian (100 agensi) dalam tempoh  14 bulan (September 2011 hingga November 2012). Servis MyMesyuarat disediakan di atas Cloud MAMPU, di mana kementerian tidak perlu menyediakan infrastruktur.

 

Majlis Pelancaran Cloud Computing MyMesyuarat telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Zabidi Bin Zainal, Ketua Pengarah MAMPU pada 11 Mei 2012 bertempat di Auditorium Kemenenterian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. 

Pembentangan bertajuk "TRANSFORMASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKTOR AWAM MELALUI MyMESYUARAT SECARA CLOUD COMPUTING" telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Nor Aliah Mohd. Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU.  Untuk muat turun slaid pembentangan, sila klik disini."



Montaj MyMesyuarat


MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan keputusan mesyuarat atas talian dan tanpa kertas.

Ia merupakan salah satu produk dari Bahagian Dasar & Perancangan ICT (BDPICT) MAMPU dan dibangunkan mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991, Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan.

Fungsi-fungsi Utama

  1. Pemantauan status keputusan
  2. Jemputan mesyuarat 
    • secara automatik
    • pengesahan kehadiran oleh peserta
  3. Mengemaskini kehadiran
  4. Minit mesyuarat
    • Keseragaman penyediaan minit mesyuarat
    • Kelulusan edaran minit mesyuarat
    • Edaran minit mesyuarat
  5. Muat naik/turun dokumen berkenaan mesyuarat
  6. Peringatan kemaskini status tindakan
  7. Mengemaskini status tindakan
  8. Cabutan keputusan mesyuarat
  9. Mesyuarat yang dikategorikan sebagai sulit disimpan dengan kaedah encryption
  10. Jana laporan maklumbalas secara automatik 
  11. Pelbagai jawatankuasa dalam satu sistem
  12. Kalendar rujukan bagi semua mesyuarat
  13. Carian kata kunci menyeluruh

Kelebihan MyMesyuarat

  1. Menuju ke arah persekitaran tanpa kertas
  2. Kementerian atau agensi tidak perlu menyediakan perkakasan.
  3. Penghantaran jemputan dan peringatan mesyuarat secara automatik.
  4. Menjana minit dan laporan maklum balas secara automatiik.
  5. Membolehkan perbincangan secara berterusan di antara ahli mesyuarat.
  6. Pengerusi boleh memantau status tindakan dan mengenal pasti pelaksana yang belum mengambil tindakan.


Strategi Pelaksanaan di Kementerian

Gambarajah berikut menunjukkan strategi pelaksanaan di peringkat Kementerian dan agensi.



Additional information